“Dia menangis pula ni cikgu, tak nak masuk kelas. Nak buat macamana ni? Dah puas saya pujuk.”
.
Nak belajar ni bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila dipaksa, walaupun anak duduk belajar, otaknya akan menolak apa yang diajar. Itu menyebabkan ajar banyak kali pun, anak tak dapat-dapat juga.
.
Akhirnya mak ayah juga yang stress dan anak kena marah lagi dan lagi.
.
Hari ni saya nak kongsikan 3 tips bagaimana kita boleh menjaga mood belajar anak.
.
1 Pastikan anak cukup makan.
- Kebanyakan anak kecil tidak tahu memberitahu yang mereka lapar.
- Mereka hanya tahu untuk bersikap cranky dan grumpy walhal sebenarnya mereka lapar
- Perut yang lapar semasa belajar akan mengganggu fokus dan perhatian mereka
- Berikan anak makan antara 30 ke 60 minit sebelum kelas bermula
- Sekiranya terlewat beri makan dan waktu kelas sudah terlalu dekat, berikan makanan yang ringan dan cepat hadam seperti roti atau coklat sahaja dulu
- Jika makan makanan berat sejurus sebelum waktu kelas, proses penghadaman juga boleh mengganggu fokus dan perhatian
.
2 Pastikan anak cukup tidur
- Jika anak ada kelas pada waktu malam, pastikan anak tidur 1-2 jam pada waktu tengah hari
- Elakkan anak dari tidur terlalu lewat (melebihi 10 malam) pada waktu malam
- Kejutkan anak bangun tidur paling lewat sekitar 8 pagi, supaya mereka cukup penat untuk tidur pada waktu tengah hari
- Anak yang mengantuk dan keletihan tidak dapat fokus semasa belajar dan cenderung untuk membuat kesilapan
.
3 Pastikan anak cukup main
- Tahu tak bahawa anak perlu bermain bebas 2-3 jam setiap hari?
- Bermain bebas bermakna mereka yang memilih jenis permainan yang mereka inginkan
- Bermain bebas membentuk skil kreativiti dan kepimpinan dalam diri anak
- Bermain bebas ini sebaiknya dalam bentuk fizikal seperti berlari, melompat, berguling dan memanjat, bukan setakat dalam handphone sahaja tau
- Anak yang dapat bermain secukupnya lebih bersedia untuk duduk belajar tanpa perlu dipaksa
.
Nah, saya harap tips ini dapat membantu ibu bapa yang struggle nak paksa anak duduk belajar.
.