Sekiranya YA, anda ditempat yang betul. Teruskan bacaan anda…
Hari ini, membaca adalah asas kepada pembelajaran. Kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran membaca akan menghadapi masalah dalam memahami pelajaran di sekolah. Menurut laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023, seramai 175,304 (13%) kanak-kanak menamatkan sekolah rendah dalam keadaan tidak boleh membaca.
Ini menunjukkan bahawa adalah PENTING untuk kita sebagai ibu bapa memastikan anak kita boleh membaca sebelum memulakan usia persekolahan.
Mungkin juga, hari ini sahaja anda telah membantu anak belajar membaca. Sama ada menggunakan kaedah mengeja, suku kata mahupun kaedah fonik. Anda setuju tak, ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka boleh membaca dengan LANCAR, tetapi tidak tahu cara untuk mengajarnya?
Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak anda boleh menguasai kemahiran membaca seawal usia supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Tetapi, boleh membaca sahaja tidak mencukupi. Anak perlulah boleh membaca dengan LANCAR supaya mereka boleh FAHAM apa yang mereka baca. Sekaligus boleh menjawab soalan peperiksaan dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik!
Program: Bacalah Anakku (Buku 6)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 35 Sesi Sahaja (8 Jam 45 Minit)
Program: Bacalah Anakku (Buku 8)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 84 Sesi Sahaja (21 Jam)
Program: Bacalah Anakku (Buku 8)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 100 Sesi Sahaja (25 Jam)
Oleh itu, anak lebih cepat kuasai kemahiran membaca dan boleh ikuti pelajaran dalam kelas di sekolah dengan lebih baik. Anak juga dapat membuat homework sendiri dengan minimum supervision. Akhirnya, anak boleh jawab peperiksaan dengan lebih baik, serta mendapat kedudukan dalam kelas yang bagus. Anda sebagai ibu bapa pasti berasa bangga dan gembira.
Oleh itu, anak mendapat perhatian sepenuhnya 100% dari tutor sepanjang kelas berjalan. Anda pula kurang stress semasa menguruskan anak belajar. Anak dapat faham isi pembelajaran dengan lebih baik dan menguasai kemahiran dengan lebih cepat. Akhirnya, anak boleh tamatkan program dalam tempoh singkat dan ini dapat menjimatkan wang yuran yang perlu anda bayar.
Jika anak ada masalah semasa belajar, anda boleh bincang dengan tutor lebih cepat. Dengan adanya rekod kelas yang jelas, anda dan guru boleh merancang pembelajaran anak dengan lebih baik.
Dengan cara ini, anak tidak stress semasa belajar dan berasa lebih seronok. Anda tak perlu nak paksa anak masuk kelas. Hasilnya, anak dapat membaca dengan lancar, anda juga happy.
Prinsip kami di Whiztots adalah semua kanak-kanak boleh belajar membaca, mengikut kemampuan mereka sendiri. Tidak ada anak yang akan ketinggalan dalam pembelajaran, dan anak boleh belajar dengan lebih yakin di sekolah. Apabila anak boleh membaca, anak berpeluang mengambil peperiksaan dan masa depan anak anda lebih cerah.
Kelas dijalankan secara online menggunakan aplikasi Zoom, yang boleh dimuatturun secara Percuma di gajet/ laptop/ PC.
Program: Bacalah Anakku (Buku 2)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 21 Sesi Sahaja (5 Jam 15 Minit)
Program: Bacalah Anakku (Buku 8)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 104 Sesi Sahaja (26 Jam)
Program: Bacalah Anakku (Buku 6)
Masa Berinteraksi Dengan Tutor: 24 Sesi Sahaja (6 Jam)
Cikgu Azleen adalah founder Kelas Membaca Online Whiztots, mempunyai pengalaman mengajar membaca selama 15 tahun, pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan Certified Trainer Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy Phonics.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Remote Sensing) dari Universiti Teknologi Malaysia dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan Khas (Pemulihan Khas) dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Bersama dengan team Whiztots, beliau telah membantu lebih 1500 orang kanak-kanak belajar membaca dengan kaedah ini. Beliau juga telah melatih lebih 3300 ibu bapa dan guru menggunakan kaedah ini untuk mengajar kanak-kanak membaca di rumah dan sekolah sejak tahun 2016.
Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku telah dipercayai oleh lebih 15,000 ibu bapa sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996 lagi.
Tutor Isma
Berkelulusan Diploma Pengurusan Pelancongan
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy Phonics
Pengalaman mengajar di Whiztots selama 16 bulan
Tutor Farah
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku & ReadEasy Phonics
Merupakan guru tadika
Pengalaman mengajar di Whiztots selama 13 bulan
Tutor Effa
Ibu kepada 3 cahayamata
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy Phonics
Pengalaman mengajar di Whiztots selama 12 bulan
Tutor Wani
Berkelulusan Bachelor of Science In Defense Agility (Sports Science)
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku
Tutor Nora
Ibu kepada 4 orang cahayamata
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku & ReadEasy Phonics
Tutor Diyana
Ibu kepada 2 orang cahayamata
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
Telah mengikuti Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku & ReadEasy Phonics
Tiada. Walaupun kami pernah beroperasi secara fizikal di Kota Masai, Pasir Gudang, Johor sejak 2016 lagi, kelas online kami telah bermula pada tahun 2019. Dan kami telah beroperasi 100% secara online bermula Januari 2021.
Kami menggunakan aplikasi Zoom yang boleh dimuatturun secara PERCUMA sahaja di gajet anda (handphone, tablet, laptop dan PC). Tutor akan berinteraksi dengan anak anda secara LIVE melalui aplikasi ini.
KMO ni sesuai untuk anak berumur 5 tahun ke atas, kira ikut bulan kelahiran anak.
Mengikut rekod kami, anak berjaya tamatkan program (boleh membaca lancar), secara puratanya antara 96 ke 120 sesi berinteraksi dengan tutor. Ianya bergantung kepada kesediaan anak untuk belajar membaca, ketekalan ibu bapa untuk mengikuti saranan kami dan sokongan ibu bapa di rumah.
Untuk Pakej Basic (2 sesi seminggu) yuran bulanan adalah RM160 sahaja manakala untuk Pakej Ekstra (3 sesi seminggu) yuran bulanan adalah RM220 sahaja.
Yuran permulaan kelas telah meliputi semua buku dan bahan yang perlu digunakan sepanjang program berjalan. Kami akan menghantarkannya kepada ibu bapa sebaik sahaja bayaran disahkan. Kelas akan berjalan selepas ibu bapa menerima buku dan bahan tersebut.
Untuk Pakej Basic, maksimum jumlah kelas sebulan adalah 8x, manakala untuk Pakej Ekstra, maksimum jumlah kelas sebulan adalah 12x.
Kami ada juga program membaca Bahasa Inggeris (ReadEasy). Sila Whatsapp Admin di 0167459298 untuk keterangan lanjut.
Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami melalui telefon 60173329298 (Cikgu Azleen) [Whatsapp pun boleh] atau email ke whiztots@gmail.com.
WhatsApp us