Bantu anak belajar membaca Bahasa Melayu secara one-to-one bersama tutor terlatih—hanya 15–20 minit setiap sesi dari rumah.
Tidak perlu meredah kesesakan jalan raya.
Tidak perlu memaksa anak belajar terlalu lama.
Dengan Kelas Membaca Online Whiztots, anak akan belajar secara LIVE melalui Zoom mengikut tahap dan kemampuan mereka sendiri.
✅ Kelas one-to-one bersama tutor
✅ Kaedah fonik gabung bunyi
✅ Sesi pendek selama 15–20 minit
✅ Laporan perkembangan setiap bulan
✅ Sesuai untuk anak berusia 4 tahun ke atas
Ibu, Anak Bukan Malas Belajar Membaca
Kadangkala anak masih belum lancar membaca kerana mereka:
- Keliru atau mudah terlupa bunyi huruf.
- Masih membaca secara mengeja dan merangkak-rangkak.
- Sukar menggabungkan bunyi menjadi perkataan.
- Cepat hilang fokus apabila belajar terlalu lama.
- Takut melakukan kesalahan semasa membaca.
- Belum bertemu cara pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
Sebagai ibu bapa, kita tentu mahu membantu.
Namun, bukan semua ibu bapa tahu cara mengajar membaca. Ada juga yang terlalu sibuk atau tidak mempunyai masa untuk menghantar anak ke pusat pembelajaran.
Sebab itulah Kelas Membaca Online Whiztots diwujudkan.
Memperkenalkan Kelas Membaca Online Whiztots
Kelas membaca secara LIVE dan one-to-one yang membantu anak belajar membaca Bahasa Melayu dengan lebih tersusun, mudah dan menyeronokkan.
Sepanjang kelas, tutor hanya mengajar seorang anak.
Ini membolehkan tutor:
- Memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak.
- Mengajar mengikut tahap dan kemampuan anak.
- Membetulkan kesalahan anak dengan segera.
- Mengulang kemahiran yang masih belum dikuasai.
- Menyesuaikan aktiviti mengikut fokus dan respons anak.
Anak tidak perlu bersaing atau mengejar tahap pelajar lain.
Mereka belajar mengikut kemampuan sendiri—satu langkah pada satu masa.
Pilih Pakej Kelas Anak
PAKEJ BASIC
Yuran Pendaftaran RM50 – sekali sahaja
Yuran Buku dan Bahan Belajar RM100 – sekali sahaja
Yuran Penghantaran Buku dan Bahan RM15 Semenanjung atau RM30 Sabah, Sarawak dan Labuan
Yuran Bulanan RM170 Sebulan
✅ 2 sesi seminggu
✅ Maksimum 8 sesi sebulan
✅ 15–20 minit setiap sesi
✅ Kelas LIVE melalui Zoom
✅ One-to-one bersama tutor
✅ Laporan perkembangan bulanan
Sesuai untuk anak yang boleh mengikuti latihan secara konsisten dua kali seminggu.
Jumlah bayaran pertama Pakej Basic:
RM335 untuk Semenanjung atau RM350 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Bulan seterusnya hanya RM170.
PAKEJ EKSTRA
Yuran Pendaftaran RM50 – sekali sahaja
Yuran Buku dan Bahan Belajar RM100 – sekali sahaja
Yuran Penghantaran Buku dan Bahan RM15 Semenanjung atau RM30 Sabah, Sarawak dan Labuan
RM240 Sebulan
✅ 3 sesi seminggu
✅ Maksimum 12 sesi sebulan
✅ 15–20 minit setiap sesi
✅ Kelas LIVE melalui Zoom
✅ One-to-one bersama tutor
✅ Laporan perkembangan bulanan
Sesuai untuk anak yang memerlukan latihan dan interaksi lebih kerap bersama tutor.
Jumlah bayaran pertama Pakej Ekstra:
RM405 untuk Semenanjung atau RM420 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Bulan seterusnya hanya RM240.
Tidak Pasti Pakej Mana Sesuai?
Hubungi admin untuk mendapatkan penjelasan berdasarkan umur, tahap bacaan dan jadual anak.
Lihat Perkembangan Pelajar Whiztots
Ariq, 4 Tahun 3 Bulan
Jumlah sesi: 35 sesi
Masa bersama tutor: 8 jam 45 minit
Amyra, 6 Tahun 5 Bulan
Jumlah sesi: 35 sesi
Masa bersama tutor: 8 jam 45 minit
Ariana, 11 Tahun 7 Bulan
Ariana merupakan pelajar down syndrome yang mengikuti pembelajaran mengikut kemampuan dan perkembangannya sendiri.
Jumlah sesi: 17 sesi
Masa bersama tutor: 4 jam 15 minit
Nota: Tempoh pembelajaran dan perkembangan setiap anak berbeza mengikut tahap permulaan, kesediaan anak, kekerapan kelas serta sokongan ibu bapa di rumah.
Apa Yang Anak Akan Pelajari?
Pembelajaran disusun secara bertahap supaya anak membina asas membaca dengan betul.
1. Bunyi dan Simbol Huruf
Anak diperkenalkan kepada bunyi serta simbol huruf secara tersusun.
2. Menggabungkan Bunyi
Anak belajar menggabungkan bunyi untuk membaca perkataan tanpa bergantung kepada hafalan semata-mata.
3. Membaca Perkataan dan Ayat
Selepas menguasai asas, anak dibimbing membaca perkataan dan ayat mengikut tahap mereka.
4. Membaca Cerita Pendek
Anak menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk membaca bahan yang lebih panjang.
5. Mengeja dan Menulis
Anak turut dibimbing memecahkan bunyi dalam perkataan untuk membantu kemahiran mengeja dan menulis.
Bagaimana Kelas Dijalankan?
Kelas dijalankan secara online menggunakan aplikasi Zoom.
Sebelum Kelas
- Ibu bapa dan tutor akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.
- Tutor akan berkongsi pautan Zoom dan bahan yang perlu disediakan.
- Pautan kelas akan dibuka sekitar 5–10 minit sebelum kelas bermula.
Semasa Kelas
- Seorang anak belajar dengan seorang tutor.
- Kelas berlangsung secara LIVE selama 15–20 minit.
- Tutor akan membimbing dan membetulkan bacaan anak secara langsung.
- Ibu bapa atau seorang dewasa digalakkan berada berdekatan untuk membantu anak menguruskan bahan.
Selepas Kelas
- Ibu bapa boleh berbincang dengan tutor tentang pembelajaran anak.
- Perkembangan anak direkodkan.
- Laporan perkembangan diberikan setiap bulan.
Kenapa Ibu Bapa Memilih KMO Whiztots?
Perhatian 100% Daripada Tutor
Oleh sebab kelas dijalankan secara one-to-one, tutor dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak sepanjang sesi.
Sesi Pendek dan Lebih Mudah Diikuti
Setiap sesi berlangsung selama 15–20 minit sahaja, sesuai untuk anak yang mudah hilang fokus.
Belajar Mengikut Tahap Anak
Anak tidak dipaksa mengejar tahap orang lain. Tutor akan bergerak mengikut kemampuan dan penguasaan anak.
Kaedah Fonik Gabung Bunyi
Anak dibimbing mengenal bunyi, menggabungkan bunyi dan membaca secara bertahap.
Laporan Perkembangan Bulanan
Ibu bapa dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai serta bahagian yang masih memerlukan latihan.
Belajar Dari Rumah
Anak boleh mengikuti kelas menggunakan telefon, tablet, komputer riba atau komputer tanpa perlu pergi ke pusat pembelajaran.
Bagaimana Jika Anak Mempunyai Keperluan Pembelajaran Berbeza?
Prinsip kami di Whiztots ialah:
Setiap Anak Boleh Belajar Mengikut Kemampuan Mereka Sendiri
Kelas ini turut menerima anak yang memerlukan lebih masa untuk belajar serta anak dengan keadaan seperti:
- Disleksia
- ADHD
- Autisme
- Masalah fokus
- Kesukaran mengingat bunyi
- Kesukaran menggabungkan bunyi
Walau bagaimanapun, kesesuaian program bergantung pada tahap dan keupayaan anak mengikuti pembelajaran secara online.
Ibu bapa boleh berbincang dengan pihak kami terlebih dahulu sebelum mendaftar.
Siapakah Pengasas KMO Whiztots?
Cikgu Azleen

Cikgu Azleen ialah pengasas Kelas Membaca Online Whiztots dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam bidang pengajaran membaca.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cikgu Azleen juga merupakan:
- Certified Trainer Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy Phonics
- Bekas Jurulatih Utama Daerah Pasir Gudang (Pemulihan Khas)
- Pemegang Diploma Pendidikan Khas dalam bidang Pemulihan Khas
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Remote Sensing dari Universiti Teknologi Malaysia
Bersama pasukan Whiztots, beliau telah membantu lebih 1,300 orang kanak-kanak belajar membaca.
Beliau juga telah melatih lebih 3,500 ibu bapa dan pendidik menggunakan kaedah fonik untuk membimbing kanak-kanak membaca.
Anak Akan Dibimbing Oleh Tutor Terlatih
Tutor Whiztots telah mengikuti latihan kaedah mengajar fonik serta dibimbing untuk mengendalikan kelas secara one-to-one.
Mereka juga dilatih untuk:
- Mengajar mengikut tahap anak.
- Mengendalikan sesi pendek dengan tersusun.
- Membetulkan bacaan dengan cara yang sesuai.
- Merekod perkembangan pembelajaran.
- Berkomunikasi dengan ibu bapa melalui kumpulan WhatsApp.





Soalan Lazim
Ada kelas fizikal atau bersemuka?
Tiada. Semua kelas Whiztots dijalankan secara online dan LIVE melalui Zoom.
Whiztots telah menjalankan kelas secara online sejak tahun 2019 dan beroperasi sepenuhnya secara online sejak Januari 2021.
Umur berapa boleh menyertai kelas?
Kelas ini sesuai untuk anak berusia 4 tahun ke atas.
Kami turut menerima pelajar sekolah rendah dan remaja yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Kesesuaian kelas akan dinilai berdasarkan tahap dan kemampuan anak.
Berapa lama anak akan belajar?
Tempoh pembelajaran berbeza bagi setiap anak.
Berdasarkan rekod kami, pelajar biasanya mengambil sekitar 80–100 sesi untuk menamatkan keseluruhan program. Namun, ia bergantung pada tahap permulaan, kesediaan anak, kehadiran kelas dan latihan di rumah.
Berapa lama satu sesi?
Setiap sesi berlangsung selama 15–20 minit.
Berapa harga yuran bulanan?
Pakej Basic ialah RM170 sebulan untuk maksimum 8 sesi.
Pakej Ekstra ialah RM240 sebulan untuk maksimum 12 sesi.
Adakah buku dan bahan pembelajaran disediakan?
Maklumat buku, kit pembelajaran, yuran pendaftaran dan penghantaran buku/ bahan belajar akan diterangkan semasa proses pendaftaran.
Kelas akan bermula selepas anak menerima bahan yang diperlukan.
Perlukah ibu bapa duduk bersama anak?
Seorang dewasa digalakkan berada berdekatan, khususnya untuk anak yang masih kecil atau memerlukan bantuan menguruskan bahan dan peranti.
Boleh belajar membaca Bahasa Inggeris?
Ya. Whiztots turut menawarkan program ReadEasy Phonics untuk pembelajaran membaca Bahasa Inggeris.
Hubungi admin untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagaimana jika anak mudah hilang fokus?
Kelas berlangsung selama 15–20 minit sahaja dan dijalankan secara one-to-one. Tutor juga akan menyesuaikan aktiviti berdasarkan respons anak.
Namun begitu, kesesuaian kelas online bergantung pada keupayaan anak memberikan respons dan berinteraksi melalui skrin.
Bolehkah ibu bapa memilih tutor dan waktu kelas?
Pemilihan waktu tertakluk pada kekosongan jadual tutor. Pihak admin akan membantu mencari jadual yang paling sesuai daripada slot yang tersedia.
Bayangkan Anak Membaca Dengan Lebih Yakin
Bayangkan anak tidak lagi takut apabila diminta membaca.
Anak mula mengenal bunyi, menggabungkan bunyi dan membaca perkataan sendiri.
Tidak semestinya terus sempurna.
Yang penting, anak mula bergerak daripada:
“Saya tak boleh baca…”
kepada:
“Saya nak cuba baca sendiri.”
Berikan anak peluang belajar menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap mereka.
Pilih Pakej Anak Sekarang
BASIC — RM170 Sebulan
2 sesi seminggu • Maksimum 8 sesi • One-to-one
EKSTRA — RM240 Sebulan
3 sesi seminggu • Maksimum 12 sesi • One-to-one
Masih Ada Soalan?
Hubungi pihak Kelas Membaca Online Whiztots:
WhatsApp: +6017-332 9298
E-mel: whiztots@gmail.com
Kami akan membantu ibu bapa memahami program, memilih pakej dan menentukan langkah permulaan yang sesuai untuk anak.
